Sunday, 30 June 2013

Ya Allah, save me from myself...

Assalamualaikum...

2 pagi. dan aku. seperti biasa masih lagi berjaga. tak tahu lah bila biological clock ni dapat diperbetulkan semula. haihh =.=

waktu pepagi buta ni tenang je. senyap. sunyi. dan mendamaikan hati. ewahh. hehe. jadinye, boring boring teraso pulak nak buat entri baru.


Hmm ceritanya macamni. aku baru lepas deactivate akaun twitter aku. actually nak delete semua tweet aku yg lagha lagha tu tapi disebabkan kena delete tweet secara manual dan jumlah tweet infinitilahh sangatt~ aku decide nak deactivate je sebab dia tulis katsitu selapas tempoh 30 hari dpd tarikh kita deactivate, all the tweets and the account related thingy will be deleted. and yeahhh. here i am counting 30 days ahead :3 dan tengoklah nanti, kalau kalau aku rajin aku buatlah akaun twitter baru. yelahh. kekadang twiter lah yg menghubungkan aku dgn kengkawan yg hentah kat mane. yang dah belajo jejauh. memasing dah ade kehidupan sendiri katanya. 

dan yang sebena benanye aku sekarang ni ade konflik dalaman. rasa diri ni jahil sangat tentang agama T_T 
aku ade terjumpa satu ayat ni. lepas baca ayat tu aku baru sedar yang kita ni semua sebenarnya dilahirkan untuk menjadi khalifah dibumi Allah. khalifah tu pemimpin. pemimpin tak semestinya yg dok kat dewan rakyat. yang check in kat hotel hotel faif star tu sume. tak. boleh jadi kita dilahirkan untuk memimpin diri kita sendiri. yaa. memimpin diri kita ke jalan yang diredhai Allah. subhanallah.
..sedangkan nak pimpin diri sendiri pun susah. inikan pulak nak pimpin orang disekeliling kita. bila kita disuruh lead sesuatu tugas atau bercakap di hadapan. respon paling femesss adalah ayat ayat sebegini 'eii tanak tanak. aku tak reti. aku malu lahhh.aku tak tahu nak cakap apaa blablabla..' 

yeaah cliche. memang cliche. tapi itulah realiti. dahtu sampai bila nak biar diri kita ni kosong. ohh kosong kosong kosongg~ 


Dah tak tahu tuu.. takkan selama lamanya kita nak biar je. dah diri tu jahil tentang agama, p lah belajar ilmu agama. yg jadi masalah nye bila kita dah sedap belajo itu ini, ilmu tu kita kena sampaikan kat org lain kerana pepatah arab mengatakan Al'ilmu bila'amal kassyajaru bilassamar--Ilmu yg tidak diamalkan umpama bokok tanpa buah. dan bila kita ghoyak ke orang lain hok kena buat itu ini jangan buat itu ini, kite ni kena ingat kite pun kena buat jugak. jangan reti cakap je tapi habuk pun tarrak. Ingatlah, sesungguhnya Allah tak suka orang yang mengatakan tentang apa yang tidak dia kerjakan. bila cakap, kemainn potpetpotpetpotpet, haa bila nak buat tu yang masalah sikit..(err merujuk kepada diri sendiri) :/

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sesungguhnya perkara itu amatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."As-Saff:ayat 2-3



Dapat ilmu. kena sampaikan. bila dah sampaikan. kena lah amalkan jugak. Automatically, hubungan kita dengan Allah akan lebih terjaga. kita akan rasa takut nak buat kemungkaran dan terdorong untuk buat kebaikan. Every day in our life is a learning process. Even kita dah khatam Quran 12340987654juta kali pun kita tak boleh rasa diri kita dah hebat sangat keranna sesungguhnya manusia itu tidak sempurna dan takkan pernah sempurna. pengetahuan kita terbatas dan hanya kepada Dia lah kita meletakkan kebergantungan hidup kita. 




Rasa malu sangat bila bepoloh tahun hidup tapi sirah Rasulullah pun tak tahu. wahyu pertama yang diturunkan pun teragak agak nak jawab bila orang tanya. malu. sungguh malu. Bajet sangat rasa diri dah hebat setakat dapat A subjek agama mase SPM dedulu. rasa diri dah cukup ilmu agama sebab belajar agama dpd tadika ke skola rendah sampailah sekolah menengah. tak cukup dgn skolah kebangsaan, g pulak sekolah agama drpd dajah satu sampailah dajah khas. Tambah bongkak lagi bila pernah belajar Bahasa Arab. sepertinya boleh memahami setiap inci ayat al-Quran. Sungguh hina nya rasa. Bongkak terlebih namanya :/

Mohon. mohon buang jauh jauh rasa takbur riak dan bongkak yang bermaharajalela. jangan sewenang-wenangnya nak pandang rendah pada orang yang tidak 'sehebat' kita. Mungkin dia hina pada pandangan kita, tapi pandangan Allah pada dia? Kita tak tahu kann. Haa. Setiap kali nampak orang yang buat maksiat, contoh org yg tak tutup aurat dgn sempurna, jgnlah nak bagi 'that sceptical-looking' hanya kerana diri kita ni bertudung litup. Sebaiknya, doakanlah dia agar diberi hidayah oleh Allah, dibukan pintu hatinya untuk berubah. kerana boleh jadi orang tersebut mati dalam keadaan yang lebih beriman daripada kita. ALLAH. sekali lagi. hina rasaa :'(




Setiap pengalaman yang kita lalui. setiap orang yang hadir dalam hidup kita. semua tu sebenarnya 'perfect preparation for the future' that only Allah can see. Jadi, hargailah. Hargai pengalaman yang pahit itu. juga yang manis. hargai mereka mereka yang dihantar oleh Allah kepada kita. mungkin sekarang kita tak nampak hikmahnya tapi yakin dan percayalah disebalik tiap tiap perkara yang berlaku kepada diri kita, Allah nak kita ambil pengajaran dan belajar daripada kesilapan. sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri.

Wallahu'alam.


*krikk krikk. tadi kan bual bual dengan rumate. rumate baru masuk, junior tapi sebenarnya sebaya dengan kitee. rupa rupanya rumate pun pernah pergi intebiu upnm. amek medic kott. andddd she got it but then dia yg taknak jadi kadet sbb dia tak sanggup nak jalani kehidupan yg 'tough' tu. and here she is. pursuing 5 years in ipg to be psv teacher. may we succeed in our life. Aminnn.

dannn. saje nak bgtahu. esok pendaftaran pelajaran asasi sesi 2013/2014 kat upnm. ternampak gambar mase baca ikrar time orientasi tu. memang terflashback semula lah. huhuhu :3


Sekian. Wasalam...



No comments: