Thursday, 24 April 2014

Sekolah kehidupan.

Mulai dari saat kau lahir lagi
Dengan sebesar tapak tangan
Kedua orang tuamu
Tapak kaki pun masih merah

Itulah hari pertama kau
Berada di sekolah kehidupan

Sekolah ini
Gurunya adalah pengalaman
Dimana sahaja kau menapak--
Itulah bilik darjahnya
Segala kesusahan juga kesenangan
Yang pahit juga manis
Itulah ujiannya.

Kini kau sudah dewasa
Kalau realitinya--
Sudah layak mendaftar di IPT
Akan tetapi
disekolah kehidupan ini
Tiada institusi
Tiada spesifikasi
Untuk tentukan tahap mana kau layak berada
Sebab dimata Tuhan kita semua sama yang membezakan kita--
Cuma iman dan takwa.

Sebuah coretan pada 12 Feb 2014.
how time flies~

No comments: