Sebenarnya aku rindu.
Rindu nak menaip-naip.
Bulan Ramadhan√
Bulan Syawal√
Dan dah seminggu raya.
Langsung tak tertaip apa yang terlintas kat fikiran ni. Tak tahulah apa yang busy sangat maknyeeee.
Alhamdulillah.
Allah masih bagi peluang untuk melalui Ramadhan tahun ni.
Semoga Allah sampaikan kita semua pada Ramadhan akan datang.
Amin..
Dan Syawal.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat kemenangan.
Amin..
Kemenangan apakah?
Kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Kemenangan melipatgandakan amal soleh dan tadarus al-Quran.
Kemenangan dan kejayaan mendidik diri menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Jangan kerana satu syawal, rosak semua pahala kita sepanjang sebulan berpuasa.
Haritu tersentap jugaklah bukak fb terbaca status senior.
Bila syawal solat dilengah-lengahkan.
Al-quran tah ke mana.
Aurat terdedah.
Ikhtilat tak jaga.
Nak jadi apa?
Mana tarbiyyah Ramadhan?
Sentap tak sentap aaa kann kene sedas dua tembakan. Sedappp.
Sebab tu orang kata jangan jadi hamba Ramadhan, jadilah hamba Allah.
Bila jadi hamba Ramadhan,
kita hanya sungguh-sungguh nak beribadah time-time tertentu je.
Tapi, Kalau kita jadi hamba Allah,
Kita takkan buat ibadah bermusim sebab kita tahu kita 'Fulltime muslim'.
Wallahu'alam.
p/s: Doakan saya cepat sihat, Allah ampunkan dosa saya dan saya terus istiqamah untuk jadi baik. Dan awak juga :)
No comments:
Post a Comment