Saat Allah hantar seseorang, kononnya "jodoh".Kita pun merasa sesak di dada.
Kita tahu kita jahil.
Kita tahu kita belum cukup baik.
Kita tahu kita belum bersedia memikul amanah yang berat itu.
Dan kita pun mengadu pada Allah.
Tentang apa semua ini?
Itulah tanda Allah sayang.
Allah panggil kita, panggil untuk dekat dengan Dia :")
Allah menunggu kita mengadu pada Dia.
Moga makin dekat kita pada Dia,
makin cerah cahaya yang menyuluh jalan yang bakal ditempuh.
Tentang pertunangan pula, hakikatnya aku sudah bertunang.
Bertunang dengan kematian.
Memikirkan soal jodoh dengan manusia vs jodoh dengan kematian,
kadang rasa hina betul diri ini.
Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan, banyak lagi tanggungjawab perlu dilaksanakan.
After all, kau masih menangisi kebuntuan kau memikir soal jodoh dengan manusia?
Fehh. tak patut.
Teringat kata-kata Ustaz Mu'izz, padanlah hari ini umat menjadi lemah.
Kerana tidak bercita-cita untuk mati syahid.
sedangkan mati syahid itu adalah sebaik-baik kematian.
Allahu. Moga Allah rezekikan kita untuk mati syahid!
No comments:
Post a Comment