Monday, 5 September 2016

Husnul khatimah..

Pernah tak terfikir.

Apa akan jadi kalau esok lusa kita mati.
Allah cabut nyawa kita.

Sudah cukupkah amal--
Sudah sering kah taubat--
Sudah--

Bersediakah kita dengan kematian?

Minggu lepas, kisah anak muda berusia 23 tahun, Saudara Saiful Azim menjadi bualan hangat di media sosial. Arwah pergi dalam keadaan husnul khatimah. Kebaikan semasa hayatnya disebut-sebut.
Kematian nya, kematian yang menghidupkan.

Cemburu.
Kita pun inginkan kematian yang husnul khatimah.

Tapi--
Dengan amalku ini,
Aku tidak yakin, malah tak bersedia untuk menghadapi kematian.

Dunia,
Bukan tempat untuk berehat.
Rehat yang sebenar, hanya di syurga kelak.

Moga kaki terus teguh melangkah,
Menabur bakti untuk agama!

No comments: