Saturday, 14 January 2017

ii

NASIHAT HAMKA BUAT PENULIS
Rusydi Hamka baru sahaja pulang dari sebuah lawatan ilmiah ke Jepun. Meneliti perkembangan Islam di sana.
Sebuah artikel perlu dihasilkan, sebagai laporan hasil lawatannya untuk tatapan pembaca Panji Masyarakat.
Tetapi Rusydi kelihatan buntu. Hamka menyedarinya dan sering bertanyakan perihal laporan itu.
"Saya masih menambahnya dulu dengan bahan bahan ini.. " sambil Rusydi menunjukkan deretan buku.
Jawab Hamka,
"Mengaranglah dulu dengan ilham... kemudian baru engkau lengkapi dengan bahan bacaanmu.
Bila terlalu bergantung kepada buku, laporanmu itu TIDAK HIDUP nantinya.. "
begitulah nasihat Hamka buat anaknya, yang turut menelusuri jejaknya sebagai penulis.
Ilham Hamka untuk menulis tidak menentu. Kadangkala selepas membaca Quran dan surat khabar.
Tetapi apabila datang sahaja ilham, maka berdiamlah Hamka di hadapan mesin taip.
Mengetik huruf huruf hingga selesai sebuah artikel.
Begitulah cara Hamka menulis sehingga mampu menghasilkan lebih dari seratus buku, tidak termasuk kolum kolum, teks ucapannya.
*************************
Muhammad Shah
Koc E
Komuter KL SEREMBAN

No comments: