Monday, 11 November 2013

Mungkinkah engkau sedang berjalan menuju Tuhan

.......
Sepertimana aku tak berminat untuk tahu tentang hidup engkau sekarang..
macam tu jugak aku tak mahu kau tahu tentang hidup aku.


Sebab.
Kita mungkin boleh buat buat lupa
Kita mungkin boleh buat buat baru jumpa.


Tapi hakikatnya.
Memori itu tetap tidak terhapuskan.


Bukan aku buang engkau dari hidup aku
Tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.


Memikir tentang engkau--tentang hal yang lalu.
Aku jadi sakit.
Seperti masih ada luka yang tersisa.


Namun.
Sedalam manapun luka itu.
Ada yang tak boleh aku tidakkan.


Iya.
Engkau tetap pernah menjadi bagian dari kisah hidup aku.


Sebenarnya.
Masih aku jumpa disatu sudut kecil hati ini.
Betapa aku mahu melihat kau berada dijalan terang--menuju Dia 


Tapi aku tak berdaya
Kerna hidayah itu milik Dia
Lalu aku serah padaNya.


Untuk engkau, Aku doa moga bahagia. 
Moga Allah jaga. 
Moga bertemu taufikNya.



Mungkin coretan ini patut dinukil setahun atau dua tahun yang lalu.
Sekarang, aku kira engkau sedang berjalan menuju Dia--husnudzhon itu lebih baik.
Wallahu'alam.

No comments: