Terluka..
Perlu masa untuk recover.
Bagi pulih hati yang lunyai
Bagi kebal jiwa yang rapuh
Bagi stabil emosi yang turun naik
Bagi ruang pada fikiran yang sempit
Sesak.
Dengan udara yang tercemar.
Luar dan dalam.
Sekadar bermonolog pada liku-liku kehidupan
dia atau Dia?
Airmata apa darah yang tak nampak pada hati yang luka?
Pilih dunia atau hidup bahagia disana?
Kata ukhuwah tapi tahap mana?
Bagaimana mahu menyumbang pada ummah jika hanya mahu kekal selesa?
Umat Islam harus cemerlang tapi mengapa masih bawa fitnah pada agama?
Tahu hidup tak lama tapi kenapa masih terleka?
Berubah atau mahu duduk di takuk yang sama?
Bakar masa atau manfaatkan sepenuhnya?
Syukur.
Masih bisa hidup hari ini.
Dengan segala nikmat yang tak terkira.
Apa esok masih ada?
No comments:
Post a Comment