Bismillahirrahmanirrahim.
Buat kalian yg mengenali diri ini, kupohon ampun dan maaf atas segalanya.
Pelakon agama.
--Luar nampak baik sangat, pijak semut tak mati..tapi hakikatnya tidak.
Memang.
Manusia mmg tak sempurna.
Kerna itu aku takut, kalau-kalau
--pakaian yang disarung
--tutur kata tika bicara
--pergaulan dengan mereka-mereka yg selalu berkunjung ke rumah Allah
Takut.
Kalau-kalau itu semua,
Buat aku tampak seperti org baik² shja.
Takut.
Dilabel si muslimah solehah.
Takut.
Yang semua itu dijadikan bahan tuk menghakimi aku.
Siapa tak mahu jadi baik?
Siapa tak mahu jadi soleh/solehah?
Namun dalam mengejar syurga Ilahi, terkadang kita tertewas juga dgn nafsu jahiliyah.
Dan, aku takut aku hanya pelakon agama.
kerna yg aku galas ini bukan hanya beg kuliah, bukan hanya kerja rumah, bukan hanya kerja untuk ummah, tp ada yg lebih besar..
--ISLAM.
Written,
14122013
Edited,
29102014
No comments:
Post a Comment