Sunday, 2 February 2014

Memori.

Hari demi hari berlalu.
rupanya sudah hampir 6 tahun kisah itu.

Mungkin kita kata kita sudah lupa.
memori yang menyakitkan itu kita cuba buang jauh-jauh
Tapi macam manapun
akan tetap ada secebis ingatan
Yang selalu buat kita merenung kembali
Kisah lalu
Yang buat kita rasa malu
Rasa dungu
Rasa sesal kerana melulu
ungkapkan rasa hati
Pada yang belum pasti
Belum pasti kan jadi teman sehidup semati

Nombor telefon kau masih aku simpan
Di senarai whatsapp aku lihat kau
kadang mahu saja aku tegur
Tapi bila fikir fikir
buat apa jugak?
Jangan rendahkan harga kau wahai diri

Kau tahu
Hari ini aku lihat gambar kau dengan si dia
Sebenarnya apa cuba diberitahukan
pada aku
semua benda
Jadi berkaitan
semakin susah melupakan

Harini juga aku baca komentar dimuka buku milik si dia
Kau dan dia mungkin bakal melangsung akad
Di hari depan
Aku jadi memikir
Sekiranya kita berdepan
Apa reaksi engkau

Aku
Jujurnya rasa malu
Pada tingkahku yang dulu
Malu sungguh malu.

Aku juga jadi sadar
Indahnya Islam itu meletakkan batas antara yang bukan halal

Kalaulah boleh aku pinjam kad memori di kepala kau
Mahu saja aku padam memori aku didalamnya
Sebab aku lagi rela
andai nama ini tak pernah wujud
dalam kamus hidup kau.

No comments: