Thursday, 14 May 2015

Kata kata yang semakin hilang..

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelmarin, aku selongkar balik timeline di fb, bukan kerna aku bosan sebenarnya.
Justeru kerana aku mau lihat, apa yang telah aku tulis setahun dua yang lalu.

Aku jadi terfikir, mengapa dulunya aku mampu untuk berpesan pesan ke arah kebaikan. Aku mampu untuk menyusun serangkap dua kata untuk buat orang berfikir. Itu dulu--

Kini, aku semakin sunyi dari status status sebegitu. Entahlah.
Mungkin aku lebih selesa tumpahkan rasa di instagram berbanding fb.
Dan kadang, aku rasa tiada perlunya aku terlalu aktif di laman sosial. Apa, bila masuk kubur nanti malaikat tanya "berapa jam ko online sehari?" "Berapa banyak orang like status kau?".
Tidak.
Melainkan, kau mampu menjadikan post2 kau sebagai penolong kau di akhirat kelak.
"Ya Allah, lihatlah. Aku telah menyampaikan kebenaran.. "

Tapi,
Apakah kita jaga tuntutanNya.
Solat di awal waktu kah kita?
Apa setiap hari al-Quran di baca?
Atau, kita lebih mengutamakan laman sosial berbanding seruan Pencipta..

Dan.
Di sisi yang lain, aku serasa tak mampu untuk berkata-kata kerna hakikatnya aku hanyalah pendosa.
Benar, kalau mahu tunggu jadi sempurna baru mahu berbuat kebaikan nescaya tiada kebaikan yang akan berlaku di muka bumi ini.
Akan tetapi, aku takut. Takut tak mampu untuk berbuat apa yang aku ungkapkan.

Andai saja dosa itu berbau busuk...

Betapa.
Betapa jauhnya aku dari Allah. Betapa banyaknya dosa aku perbuat. Namun, Allah tetap tiada hentinya mengurnia dengan pelbagai kenikmatan.

Teringat kata-kata ustaz NH ketika usrah kelas kami, nak tahu kita ni banyak dosa atau tidak, ukur dengan dua perkara:
1. Bangun malam (tahajud)
2. Puasa sunat (isnin khamis)

Mudah atau payah?
Tepuk dada, tanya iman.

Iman.
Mengapa begitu lemah?
Sudah lupakah engkau akan janji untuk mendaulatkan syariatNya?

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu"

Aku rindu,
Pada basahan wudhu waktu dinihari.
Pada airmata dan jasad yang tunduk lemah di hadapan Penciptanya.

Dan bila,
Hubungan dengan Allah tak kemah, hubungan dengan manusia juga jadi tak kemah.

Bercakap biar ada ruh.
Menghadirkan ruh dalam percakapan kita.
Itu perlu pada dekatnya jarak kita dengan Allah.

Doakan, moga terus istiqamah.
Saya mahu jadi baik. Mahu kita, sama-sama jadi baik.
Untuk apa? Untuk meraih mardhotillah.
:)

No comments: