Thursday, 7 May 2015

Tazkirah: Semangat Untuk Terus Berjuang

1. Andai kata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu,usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Yusuf A.S yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibu bapa kamu atau mereka yang kamu kasihi menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran,usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andai kata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar,usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Yunus A.S yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andai kata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan,usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Ayub A.S yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit di samping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andai kata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu,usah bersedih. Ingatlah kisah Nabi Musa A.S yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andai kata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekeliling mu,usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah R.A yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andai kata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu,usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Adam A.S yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andai kata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi,usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Nuh A.S yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andai kata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia,usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Muhammad S.A.W yang di pulaukan dan di perangi oleh keluarganya yg terdekat.
Subhanallah. Masya Allah. Allahu Akbar.

Allah S.W.T mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran dengan tujuan agar satu hari nanti manusia seperti saya dan kamu,bila mana berhadapan dengan sebarang musibah dan tragedi tidak perlu berkata "KENAPA AKU?".

-Ustaz Hamdi Harun

No comments: